KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mac 2011 telah bersetuju dengan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA).
Dimaklumkan bahawa penguatkuasaan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA akan berkuat kuasa pada 1 Mac 2012. Tindakan pengharaman ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan pihak industri diberi tempoh masa satu (1) tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai.
Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.
Tindakan ini juga dibuat dengan mengambil kira BPA yang telah diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh dan sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan yang tidak pasti serta tiada jaminan keselamatan bagi bayi yang terdedah kepada BPA.
Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Dalam tempoh masa satu (1) tahun ini, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan oleh KKM. Namun begitu, pengguna boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
(rujuk imej bawah k..)

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
MAC 2011
(rujuk imej bawah k..)
DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
MAC 2011
** Walaupun negara kita tercinta AGAK LEWAT mengambil tindakan nie berbanding negara lain, TAPI.. at least Malaysia dah move one more step.. Kerajaan dh announced… Sekarang semuanya terletak pada INDIVIDU untuk BUAT PILIHAN ... But still ikut kemampuan... ^__^

No comments:
Post a Comment