Warganegara Malaysia yang berumur 35 hingga 65 tahun dijemput menyertai projek The Malaysian Cohort, satu projek penyelidikan kebangsaan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang melibatkan pengumpulan maklumat kesihatan, pemakanan, gaya hidup dan biospesimen (darah dan air kencing) dari 100,000 penduduk Malaysia untuk mengenalpasti punca penyakit seperti kanser, kencing manis, strok, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain.
Dengan menyertai projek ini anda juga ditawarkan pemeriksaan kesihatan berikut secara PERCUMA:
1. Pemeriksaan Tekanan Darah
2. Ujian Fungsi Jantung (EKG)
3. Ujian Fungsi Paru-paru (Spirometri)
4. Pemeriksaan Darah (Ujian glukosa, kolestrol dan kiraan darah penuh)
5. Analisis komposisi badan
6. Pengukuran Indeks Jisim Tubuh (IJT), Ukurlilit Pinggang dan Pinggul
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, sila hubungi Urusetia Projek di:
Talian bebas tol 1800-88-2007 atau
Talian tetap 03 – 9171 0415 atau
Emel : temujanji@mycohort.gov.my; atau
Layari: http://www.mycohort.gov.my

2 comments:
agak2 lagi 5 thn dia wat lg tak?? sbb skang baru umo 30 huuhuhu
ok la tu 30.. masih muda... tkper.. mgkin ada peluang lain masa tu...
Post a Comment