Showing posts with label Resepi; Puding. Show all posts
Showing posts with label Resepi; Puding. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Dalam Kita Tak Suka ada Yang Kita Suka...

3 minggu lepas asik kena gi visit.. rasanya tsunami kat dept nie masih lum reda.. asik visit..visit..visit.. yang kita punya sendiri dah pasti.. back up opis mate nya visit pun dh jadi normal.. alhamdulillah semuanya mama dpt arrange area dekat2 jer.. 1 week at Bangi n another 2 weeks area Negeri Sembilan..

sebab dah keje 10 tahun, mama dh mula rasa buhsan nak gi visit.. kalau boleh nk duk kat opis jer.. nak pulak skrg nie duk kat dept nie.. bila visit bnyk sgt lab nak kena tgk.. jadi macam.. arrggggghhhh malass.... huhuhu...

Tapi dalam mama tk suka nak gi visit, ada gak yg mama suka... suka bila visit area Bangi.. paling best sebab leh kuar lambaaaaaattttttttttt dr umah.... hehehe.. tkyah nk pikir pasal jem.. nak kejar masa kul 8 tu kan.. mmg best... leh gi breakfast dulu ngan hubby n 3A's.. relax... balik pun smpi umah awal.. bahagia la kejap.. visit gi N9 pun skrg mama malas nak stay @ hotel.. berulang jer.. kul 8 pun leh jer kalo br nak gerak dr umah.. so mmg 3 minggu ni bnyk masa nak bersiap n bfst ngan family...

hmm.. disebabkan bnyk masa leh relax2... sempat la mama wat puding nie utk family... sambil tu leh la penuhkan rasa teringinnnnnnnn yg dh lama pendam bila tgk puding nie kat blog Ummi..


Puding Kukus Strawberry Laici
Source: Ummi


Bahan Bahan:
• 1 tin susu cair
• 4 keping roti putih
• 4 biji telur
• 1 sudu makan gula pasir
• Isi laici
• Strawberi segar secukupnya - ni akak tambah

Untuk Jelly
• 1 packet jelly nona perisa strawberry
• 400 ml air

Cara cara:-
1. Panaskan kukusan.
2. Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
4. Angkat dan biarkan ia sejuk.
5. Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
6. Susun buah laici dan strawberi yang dibelah dua di atas adunan yg telah dikukus tadi.
7. Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.



ada kelainan puding nie.. lapisan bawah rasa padat dgn roti.. hubby kata dia suka.. leh try wat lapisan bawah tu ajer makan dengan kuah kastard n tabur jer buah laici.. menarik gak idea tuh.. pe pun alhamdulillah... tercapai gak hajat hati nk mkn... balik dr visit penat2 leh sejukkan tekak ngan puding.. :)

Sunday, January 9, 2011

Puding Roti Pengubat Kelaparan....

Sabtu lepas aliya aina mcm biasa ada kelas piano.. biasanya mama n ayah akan hantar.. tapi skrg semester dh bukak.. so ayah macam biasa ada kelas ari Sabtu.. huhu.. nak tknak mama la kena antar ... huhu...


kebetulan kelas piano kt kajang.. jadi mama amik kesempatan la nk antar dapur gas yg ada problem tu ke kedai.. dapur gas nie dh buat hal since bulan posa thn lepas.. tombol pemulas dia yg sebelah kanan tkleh nak pulas.. so sejak dr tu amma kena guna 1 dapur jer.. jadik proses memasak tu lambat la.. (dh la mmg lambat memasak.. bertambah2 la lambat bila dapur rosak.. huhu..)

Punya la tangguh dari tahun lepas.. baru skrg nk hntr.. teruk sungguh la hai.. kalau tk kerana jadual 1snin smpi jumaat pack... takder peluang nk mkn2 kt luar, nk tk nk kena la cepat2 gi repair.. huhu.. bila hntr kt kedai amoi tu kata selasa or rabu br siap. mak ai! lamanya gak. ingat leh siap on the spot.. aliya duk bising.. " abih kita nk makan apa mlm nie mama?" " makan la apa2 aje yg boleh kakak.." hehehe..

smpi umah semua terbongkang.. mmg ngantuk giler.. kul 6 bgn kelaparan.. ingat mama jer lapar.. semua upenya lapar.. nk masak dapur tkder.. huhu.. turun dapur tgk la apa yg leh di makan.. alhamdulillah ada bhn2 utk puding roti... gedebak gedebuk.. puding pun siap.. tp tahan jer la bau dia masa tgh bakar... kejap2 ayah masuk dapur.. kejap2 aliyah masuk pulak... semua dh tk thn lapar.. puding nie pun lama sgt nak kena bakar..




siap jer semua terus duduk mengadap.. walaupun panasssss... sekejapan ajer dh licin.. aisya pun lapar sgt agaknya.. laju jer makan smbil mulut duk cakap .. "anass.. anas mama..." hehehe..



sambil makan kaka ckp.."nasib baik la ayah belikan mama oven! kalau tk kelaparan la kita tkder dapur nak masak...." sabor jer la.. tgk tu excited sungguh la nak bergambar gak ngan puding.. Aina mcm biasa.. susah nak teka apa yg dia suka sebnrnya.. ada masa dia suka sgt benda tu.. tp tiba2 dia tk suka sgt.. puding nih selalu kalau buat dia tknk mkn. arini bila suakan 1 sudu, terus amik pinggan n makan... haih.. aina..aina..

resepi ni mama amik dr allrecipe.com.. tp dh mama adjust sikit..


Bahan2:

• 6 kpg roti
• 2 sudu besar butter (cairkan)
• 1/4 cwn kismis
• 3 bj telur
• 1 1/2 cwn susu segar
• 1/2 cwn brown sugar + 1/4 cwn gula
• 1 sudu kecil cinnamon
• 1 sudu kecil esen vanilla

Cara2:

Panaskan oven 175c
Koyak2 kan roti dan letak di dalam bekas tahan panas.
Curahkan butter yg telah dicairkan ke atas kepingan roti td dan taburkan kismis.
Dalam bekas lain campurkan telur, susu, cinnamon dan esen vanilla. pukul dan gaul hingga sebati. tuangkan ke dalam bekas roti tadi.
Tekan2 sedikit roti dgn garfu supaya terendam elok.
Bakar selama 45 minutes atau hingga nampak kekuningan. (rasanya 30-35 minit dh cukup kot..)

* Cepat2 la dapur gas elok.. huhu...

Diet Tak Habih2... (since 1.1.2013)

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...

Labels

Aina (11) Aina; Durian (1) Aisya (24) Aisya; Ammar (2) Aisya; Iqra' (1) Aisya; Little Caliphs (2) Aisya; Thomas (1) Aliyah (6) Aliyah; Aina (6) Aliyah; Aina; Aisya (11) Aliyah; Aina; Aisya; Ammar (2) Aliyah; Pancake (1) Ammar (3) Ammar; Allergic (1) Ammar; Susu EBM (2) Anniversary (1) Autumnz; Shopping online (1) Avillion Admiral Cove (1) Birthday (1) Biskut Makmur (1) Blog Diet (1) CL 2012 (2) Cuti-cuti ; Bandung (4) Cuti-cuti Malaysia; Cyberview Lodge (1) Cuti-cuti Malaysia; Holiday Villa Cherating (1) Cuti-cuti Malaysia; Hutan Lipur Jeram Toi (1) Cuti-cuti Malaysia; Langkawi (4) Cuti-cuti Malaysia; Zoo Negara (1) Detox (7) Diet (2) Diet; SNTN (8) Father's Day (1) Goggle (1) Guess; Bonia; Espirit; Crocodile (1) Hari Raya (2) HFMD (1) Huggies Dry Comfort (1) Indonesian Massage; Perfectica Beauty Salon (1) JPJ (1) Kerepek; Bahulu (1) Kereta (1) Kidzania (1) Kuala Gandah (1) MAM; shopping online (1) Mines Wellness Hotel; Resepi; Peach Bread Pudding (1) My hardware; Sale (1) Oreo Chocolate (1) Pahang (1) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (1) Ramadhan (3) Resepi; Apam (1) Resepi; Kek (3) Resepi; Muffin (6) Resepi; Orange Muffin; Aliyah; Aina; Aisya (1) Resepi; Peach Muffin (1) Resepi; Pizza (1) Resepi; Puding (2) Resepi; Roti (3) Santai Family (2) Sekali Lagi (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; Pasport Malaysia (1) The Avengers; Aliyah; Aina; Aisya (1) The Malaysian Cohort (1) Tomyam Kelapa Muda (1) Ultraman (1) Usahawan Muda (1)