Showing posts with label Resepi; Muffin. Show all posts
Showing posts with label Resepi; Muffin. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Muffin Coklat (Tanpa Telur)



Mood kerja skrg adalah sgt2 malas... bukan takat mood kerja jer.. mood lain pun.. skrg mmg malaaaasssssss... rasa malas nk buat apa2 pun.. dengan badan yg dah ntah apa rasanya, buatkan semua jd malas.. huhu...


mgu nie boleh kata ari2 makan lauk bgkus.. sbb bdn adalah sgt letih ngan urusan kepek2 & kuih raya... plus malassssss! nasib la sedap sbb beli kat kafe kat opis. kalo beli kat Param tk tau ler apa nasibnya.. huhu..

alhamdulillah selepas 3 hari berturut2 uruskan kerepek, bahulu ngan kuih2 yang ditempah kwn2, selesai jugak akhirnya.. lega sikit rasa hati nie... so smlm balik umah rasa teringin nak tunaikan permintaan anak tekak sendiri. teringin nak makan muffin coklat...

smbil tu sbnrnya nak penuhi hajat yg lum kesampaian.. huhu.. pernah sekali tu bawak muffin pisang, nk bagi kat PT mama.. dia ckp dia tk makan yg rasa lain2.. dia mkn yg coklat ajer.. huhu.. punya la lama duk ingat nk buat kat ieja ni muffin coklat tp asik malasssssssssss aje.. huhu

skrg rasa nk buat dia lak baru pas operation. kena pantang la sikit makan tu. so, mama search la cr resepi yg tk pakai telur.. jumpa la kat MyResepi.com ...


Muffin Coklat (Tanpa Telur)

Sumber: MyResepi.com



Bahan-bahan ( 20 biji )

Bahan A:

  • 2 cawan gula perang
  • 1 1/2 cawan gandum
  • 1 1/2 camt baking powder
  • 1 camt baking soda
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 camt serbuk kopi/nescafe (mama tk buh yg nie..)
Bahan B:
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
  • 1 camt esen vanila

Cara-cara

  1. Bahan A digaul sebati.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata. Adunan sedikit cair..
  3. Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas.
  4. Bakar dalam oven bersuhu 200C selama 15 minit.


p/s: Ok gak muffin nie walaupun tk pakai telur... boleh la wat lagik pas nie.. :)

Sunday, May 29, 2011

Instant Blueberry Muffin ..

jenguk2 ke blok Ummi... sekali jenguk terjebak lagi! huhu... nampak lak Ummi wat Instant Blueberry Muffin!! haih... mula lah keinginan a.k.a nafsu makan nie tk boleh nak ditahan2 lagik.. huhu .. mmg masalah besar skrg nih!

balik keje last week terus jer singgah ke Yummies Bakery.. beli adunan segera mufin tu ngan blueberry filling... sampai umah pas dh masak dinner rasa mcm malas nk wat pulak.. sbb dh dinner berat. Tapi, sekejap jer leh tahan... gi dapur senyap2 godek.. mmg senang la sbb dh instant kan.. hehehe..



beli yg pek 1/2kg jer.. pastu sbb telur ada 2 bijik jer leh wat 1/2 adunan lak.. dpt la 9 biji... huhu.. sekojap jer la ...

paling mama suka sbb aina suka makan yg perasa nie.. selalunya aliyah ngan aisya yg laju mkn muffin.. siap bila esoknya nak wat 1/2 adunan lagik, Aina yg buat from A to Z... pas siap semua layan tgk harry potter smbil ngap! bukan senang nk makan muffin aina buat... ^_^


Wednesday, April 20, 2011

Vanilla Muffin..

pas satu.. satu la mama nie.. kejap teringin tu.. kejap teringin nie.. haih.. pastu yg teringin semuanya makanan! cuba la teringin nak exercise ker.. teringin nak mengemas rumah ker kan.. bab tu malas la pulak.. huhu..

br ni mmg teringin sgt nak makan vanilla muffin.. tapi tak tau nak pilih recipe mana.. bnyk sgt recipe bila google.. last2 mama decide utk try recipe dari SINI...


Vanilla Muffin


Bahan2:

2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
1/2 sudu besar + 1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 cwn susu segar
1 bj telur gred A
1 sudu besar esen vanila
4 sudu besar butter (dicairkan)

Cara2:

1. preheat oven pada suhu 180c.
2. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
3. Dalam mangkuk besar ayak tepung, gula, baking powder dan garam.
4. Dalam mangkuk kecil pukul sedikit telur dan gaulkan dengan susu, butter, garam dan esen vanila.
5. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering. gaul rata (jgn over gaul).
6. sudukan ke dalam muffin cup (3/4 penuh je) dan bakar selama 15-20 minit.


Mama tk pernah cuba recipe vanilla lain lagik, tapi mama suka sgt tekstur muffin yg recipe nie.. moist sesangat.. tak keterlaluan la kalo mama kata ada la sikit2 rasa mcm kenny rogers nya tekstur... mmg sedap! mama siap kedekut lagik ngan 3A's.. hahaha... pastu separuh nya tu mama taburkan choc rice atas dia... yg nie khas utk 3A's..

mama suka makan masa dia dh sejuk berbanding masa tgh panas.. :) pastu pekena lak white coffee... yummy!

Monday, April 11, 2011

Durian Muffin ..

Asal kejadian muffin nie sebab ada durian lebih masa beli MK aritu. mula ingat nak wat kuah durian.. leh makan cicah ngan roti kan.. tapi rasa macam dh biasa dh.. nak pulak sumi pernah bg idea wat muffin durian... tu yg sajer try google recipe.. upenya ramai gak yg wat muffin durian nie ea.. teringin gak lah mama nk rasa camana rasanya durian dh jadik muffin nie kan.. hehehe..


Durian Muffin
(source: Happy Home Baking)



Bahan2:
(mmg lemah bila sukatan ikut gram nie... tp kerana durian, mama gigih gak la menimbang... huhu)


300g tepung gandum
100g gula castor
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
1/2 sudu teh garam
75g butter (dicairkan)
1 biji telur (dipukul sedikit)
3/4 cawan susu segar
300g isi durian (lecek dengan garfu)

Cara2:
  1. Preheat oven to 190c
  2. Cairkan butter dengan api sederhana di dalam saucepan. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk kecil, masukkan telur dan butter. Tambah susu dan isi durian. Gaul sebati. (resepi asal guna half jer then yg lagi half akan bubuh jd mcm inti.. tp mama buh jer semua dlm adunan.. hehehe.. malasssssss..)
  4. Dalam mangkuk lain, ayak bahan2 kering..
  5. Masukkan bahan kering ke dalam bahan basah dan gaul rata (jgn over gaul)..
  6. Sudukan adunan ke dalam muffin cup (separuh penuh) dan bakar selama 20 minit.



rasanya sedap.. ala2 kalo kita wat cekodok muffin la kan.. cuma next time mama nk tmbah sikit kuantiti gula dia.. (tapi kalo tk suka manis tkyh la k..)

Wednesday, March 23, 2011

Apple Muffins

Semalam hubby posa.. tapi mama lak yg over teringin makan macam2.. hish teruk tul la.. dh ckp awal2 mama nk makan sate.. hubby ok jer tp katanya nk masak nasik goreng utk 3A's. ok lah cenggitu. hubby kata dia gi tapau jer la sate.. Plan mmg elok dah.. sebab mama nk g swimming.. dh tentu smpi umah kul 7. tup2 pas swim dpt sms hubby katanya br abih meeting. rushing amik Aliyah n Aina kt sekolah.. hmm sian lak.. dh la nk bukak posa... hubby kata pas maghrib baru kuar gi makan.. tkyah goreng nasi.. ok lah..

tapi sian kat hubby nk buka posa.. mama wat la muffin sikit.. nanti 3A's pun confirm kelaparan balik dr school. resepi asal dia ada raisin... dari Sun Maid.. tapi sbb dh kelam kabut mama alter la ikut apa bhn yg smpat dicapai...



Apple Muffins

Bahan2:

1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula
1 sudu teh cinnamon
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan minyak
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 cawan Apple (dikupas & cincang)

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 190 celcius
2. Campurkan tepung, gula, cinnamon dan garam.
3. Gaulkan apple ke dalam bahan kering.
4. Dalam bekas yang lain campurkan telur, susu, minyak. Masukkan ke dalam bahan kering tadi dan kacau sebati.
5. Bakar selama 15-20 minit.



mama suka muffin nie.. tapi next time kena tmbh gula lagi sikit bagi manis, or guna brown sugar utk warna yg lebih menarik.. nak kena cuba gak buh kismis ikut recipe asal... dah satu lagik kalo buh crumble as topping mesti lagi yummy!

nasib la bakar gak muffin nie.. aisya mmg dh sibuk cr makanan.. siap jer terus sambar 1 biji..



bila dh makan dia rasa ada buah dlm tu..lagi la ralit duk korek buah2.. ingat dia nak mkn buah jer.. takut dia tk suka rasa cinnamon tu kan.. nasib la dia makan elok.. 3 biji untuk dia ajer.. Pagi nie 3A's bwk bekal sorang 2 bj..

Thursday, January 27, 2011

Muffin Pisang Peanut Butter

Muffin nie aliyah yg request sabtu mnggu lepas..

pas abih kelas piano patutnya kena gi sekolah sbb ada sekolah ganti untuk Chinese New Year.. Tapi budak Aliyah n AIna malazzz.. taknak pergi.. penat gi kelas piano katanya... hmm.. susah nak dgr cakap tul.. ayah ckp suh g sekolah pun tk jalan..

petang sabtu tu tk tau nak buat apa.. ayah pas kelas tengahari td terus gi KL sebab notebook meragam.. ingatkan apa la.. upenya cable jer rosak.. alhamdulillah tk rosak teruk.. ingat nak baring2 pastu tido.. tapi tk jadi nak tido sbb Aliyah tiba2 datang bawak majalah Saji..

"Mama, sedap2nya makanan dalam nie..."

Majalah nie keluaran Nov 2010.. keluaran masa nie khas untuk menu2 untuk kanak2.. tu yang dia terliur kot.. bnyk gak la dia tunjuk suh buat.. tapi yang ada bahan kt umah cuma la untuk resepi Muffin pisang nih.. sblm dia keluar gi main basikal suh mama buat.. haih.. tkjadi tido la nampaknya..



Hmm.. berbaloi la buat.. mmg sedap.. sebab lain dr biasa.. selalu rasa pisang jer.. nih ada rasa peanut. kebetulan hubby sampai muffin baru siap. panas2.. makan ramai2 depan tv. sekali hadap jer licin! aisya jer 3 biji. Aina pulak mulanya duk komplen tak suka sbb dia nak yg coklat.. sekali toleh dah telan 2 bj.. sabor jer la.. hehehe..


Muffin Pisang Peanut Butter
(Source: Majalah SAJI: Nov 2010)



Bahan:
(dpt 14 biji guna muffin cup tu.. sbb cup saiz besar)

1 cwn tepung gandum
2 sk serbuk penaik
1/4 cwn gula perang
1 sb mentega kacang kasar (saya guna yg halus jer)
60g mentega cair
1/2 cwn pisang (dilecek)
1 bj telur
1/3 cwn susu cair (sy guna susu segar)
1 sk esen vanilla

Cara:

1. Ayak tepung dgn serbuk penaik. Masukkan gula perang dan gaul rata.
2. Kacau mentega kacang, mentega cair, pisang dan telur hingga lembut. Masukkan susu dan kacau rata.
3. Masukkan tepung tadi dan kacau rata dengan cepat.
4. Sudukan dalam acuan muffin. Bakar pada suhu 190c selama 20 minit.


Selamat Mencuba…

Diet Tak Habih2... (since 1.1.2013)

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...

Labels

Aina (11) Aina; Durian (1) Aisya (24) Aisya; Ammar (2) Aisya; Iqra' (1) Aisya; Little Caliphs (2) Aisya; Thomas (1) Aliyah (6) Aliyah; Aina (6) Aliyah; Aina; Aisya (11) Aliyah; Aina; Aisya; Ammar (2) Aliyah; Pancake (1) Ammar (3) Ammar; Allergic (1) Ammar; Susu EBM (2) Anniversary (1) Autumnz; Shopping online (1) Avillion Admiral Cove (1) Birthday (1) Biskut Makmur (1) Blog Diet (1) CL 2012 (2) Cuti-cuti ; Bandung (4) Cuti-cuti Malaysia; Cyberview Lodge (1) Cuti-cuti Malaysia; Holiday Villa Cherating (1) Cuti-cuti Malaysia; Hutan Lipur Jeram Toi (1) Cuti-cuti Malaysia; Langkawi (4) Cuti-cuti Malaysia; Zoo Negara (1) Detox (7) Diet (2) Diet; SNTN (8) Father's Day (1) Goggle (1) Guess; Bonia; Espirit; Crocodile (1) Hari Raya (2) HFMD (1) Huggies Dry Comfort (1) Indonesian Massage; Perfectica Beauty Salon (1) JPJ (1) Kerepek; Bahulu (1) Kereta (1) Kidzania (1) Kuala Gandah (1) MAM; shopping online (1) Mines Wellness Hotel; Resepi; Peach Bread Pudding (1) My hardware; Sale (1) Oreo Chocolate (1) Pahang (1) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (1) Ramadhan (3) Resepi; Apam (1) Resepi; Kek (3) Resepi; Muffin (6) Resepi; Orange Muffin; Aliyah; Aina; Aisya (1) Resepi; Peach Muffin (1) Resepi; Pizza (1) Resepi; Puding (2) Resepi; Roti (3) Santai Family (2) Sekali Lagi (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; Pasport Malaysia (1) The Avengers; Aliyah; Aina; Aisya (1) The Malaysian Cohort (1) Tomyam Kelapa Muda (1) Ultraman (1) Usahawan Muda (1)