Showing posts with label Resepi; Kek. Show all posts
Showing posts with label Resepi; Kek. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Eggless Chocolate Cake with Chocolate Streusel Topping

semalam menjengah2 mencari resepi kek coklat.. teringin nak buat kek coklat untuk besday Ayah & Aina.. duk la mencari2 terjumpa resepi kek ni kat blok Dayang. Arini Berdoa la sgt dpt smpi umah awal sebabnya nk singgah beli  walnut. 

pas amik aisya balik umah terus. encem biar ayah yg amik.. hehe.. dah la tk biasa buat kek2 nih.. nanti ammar ada lagik tk keruan mamanya.. dlm hati berdoa sgt sempat nk buat kek ni. nk surprise kt ayah & aina.. duk berpakat dengan aliyah..



Alhamdulillah.. siap jugak akhirnya kek coklat nih.. cumanya bila dh cukup 40 minit, mama cuba test dlm dh msk ke belum. yg tepi sume dh msk. yg tgh2 bhgn bwh tu je ada sikit bsh lagik. so mama tmbh la lagi 10 minit konon2 nk bagi masak la kan.. hehe..hasilnya bila siap ialah kek bhgn bwk agak dry.. topping streusel tu pun ada sesetgh tempat dh mula nak garing..




walau macam mana pun mama suka dgn topping tu.. lain dr kebiasaan. biasanya kita sapu ganache kan. itu kata tekak mama la kan.. aliyah suka jgk topping tu sbb kaya dgn walnut. hahaha.. ayah kata kek bhgn bwh dry sikit. aina?? dia suka keknya.. tp tk suka topping. Aina nk topping ganache mcm biasa. hmm.. 

Mama rasa mcm topping mama tebal sgt kot.. abih bertabur kacang2 sume.. huhu.. apa pun boleh dibuat lagik lain kali.. kat sini mama buh resepi dr blok Dayang..

Eggless Chocolate Cake with Chocolate Streusel Topping 
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


Bahan A : ECC (loyang 6 atau 7 inci) 

1 1/4 cawan tepung gandum 
1/3 cawan serbuk koko 
1 3/4 cawan susu cair 
1 cawan brown sugar 
1/3 cawan minyak sayuran/minyak jagung/mentega cair 
1/4 sudu kecil garam 
2 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil esen vanilla 
1 sudu kecil coffee flavour 
1sudu besar cuka makan (jus lemon pun ok) 

Bahan B : CST 

1/4 cawan tepung gandum 
25g mentega sejuk (dipotong kiub kecil) 
1 sudu makan serbuk koko atau coklat 
 50g brown sugar secubit serbuk kulit kayu manis - optional 
sedikit roasted walnut (ditumbuk kasar) - optional 

Cara-cara : 

Bahan B : 

Satukan kesemuanya kecuali walnut. Uli serta ramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan walnut dan gaul-gaulkan sebati. Simpan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu. 

Bahan A : 

Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan. 
Manakala dalam bekas tahan panas/periuk, satukan susu cair, butter, koko, gula, garam, esen vanilla, coffee flavour dan minyak. Dengan api perlahan, kacau sebati hingga gula hancur. Kemudian tutupkan api. Biarkan ia suam sebentar. Barulah disatukan dengan tepung. Kacau dengan spatula atau handwhisk hingga tidak bergentel. Tapiskan jika perlu. Akhir sekali masukkan cuka dan kacau serta merta. 
Pastikan oven sudah dipanaskan dengan suhu 170-180C (Sila adjust sendiri). Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega. Kemudian ratakan atas adunan dengan bahan B tadi. Jangan ditekan. Taburkan sahaja sehingga menutupi ruang adunan kek. Bakarlah selama 40 minit atau hingga kek masak. 



Monday, April 30, 2012

Blended Orange Cake & Santai Tepi Tasik..

hujung mnggu br nie sememangnya sama mcm ari2 mnggu sebelum nie.. tkde apa plan menarik. cuma nak gi beli brg dapur dan susu aisya jew.. tapi sbg manusia kita hnya mampu merancang.. pagi tu dpt berita yang makcik kepada ipar mama meninggal dunia.. so papa mama call ayah mintak tolong bawak ke Parit untuk ziarah.. mulanya ayah je yg akan pergi bawa papa mama. tp tiba2 mama rasa mcm nk itut lak.. hehehe.. bila dah sume bersiap, baru dpt tau lak ada pakcik ayah yg nak ikot sama.. so akhirnya untuk tujuan keselesaan semua, mama ngan anak2 tak jadi ikut.. duduk aje la kat umah.. huhuhu.. 

sblm bertolak ke Parit ayah bawak kitaorg bfst dulu.. sbnrnya paham sgt ayah tu. dia serba salah plan berubah last minute.. hehe.. its ok hubby.. majuk kejap jew kitaorg nih. hehe.. duk umah leh layan tv. kan astro free. ngee... :) 

tengahari masak simple jew.. sbb tekak nie duk tingin sangat nak makan kek oren. duk jenguk resepi kek oren kat MyResepi lama dah. tapi tk terbuat2.. sampai la bila mama dh LIKE page tu then member sekolah lama pun dh siap kek tu baruuuuuuuuu leee mama terhegeh2 duk angkut oven kuar dr stor. hukhuk.. mama mmg ikut la cdgn kat situ suh bakar dalam 40minit - 1 jam. terus la set 40 minit. 

tgh proses baking tu Ammar encem mama duk terjaga dr tdo. dah ngok ngak ngok ngek nangis.. duk berkepit ngan dia smpai la bunyi loceng oven bunyi.. sekali tgk.....

 


huhuhu.. itam manis jadinya kek oren mama! huhuhu.. mgkin suhu oven mama nie panas sgt walaupun dh ikut dia kata 170c..Resepi mama kopipes dr Myresepi yer.. cuma gula jer mama kurangkan sikit takot manis sgt. hasilnya mmg sedang elok je manisnya.. :)

Blended Orange Cake


Bahan-bahan ( loyang 9 inc ) 

1 bji buah limau 
1 cawan minyak 
2 cawan gula halus (mama guna 1 1/4 cwn)
3 biji telur 
2 cawan tepung gandum* 
1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) -- * yang ni mama guna self raising flour jer..

Cara-cara  

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
3. Masukkan kedalam blender bersama minyak, gula dan telur dan kisar hingga halus. 
4. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati. 
5. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris. 
6. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 


nak tknak kena la buang lapisan itam2 tu bila nk mam.. tapi alhamdulillah rasa kek tu masih sedap.. rasanya lebih ummpphh kalo kita makan sambil pekena kopi O panas. rasanya pas nie kena try buat lagik sehingga sukses!

Petang budak2 dah buhsan. mulala duk merengek suh bawak gi jalan2 kt tasik nun.. hmm.. ikot kan ajer la.. tp dpt lepak kejap jer. sbb tgu aisya bgn tdo. hehe..


Orang lain gi joging.. kitaorang bawak mknn.. hehe.. sian kat echa. bgn2 tdo kelaparan. td tghri lum lunch dia dh pengsan dulu.. tgk tu punya khusyuk dia mam.. huhuhu..


Ammar pun macam seronok ajer dpt jalan2 tgk pemandangan... bukan main relax lagi mamat nih makan kat tepi tasik yer... nanti lah bila2 free kita dtg piknik lagi kat sini k.. 

Thursday, March 10, 2011

Kek Pisang ..

Dah lama sgt rasanya plan nak wat kek pisang.. sejak makan kek pisang besh masakan chef.. yang tu mmg best la.. siap ada caramel atasnya then serve ngan vanilla icecream.. pergh! tapi sbb tk dpt recipe kek pisang tu.. huhu... yer la. kang tutup lak cafe tu kan.. hehehe...

Last week tgk hubby bawak balik bnyk pisang.. org opis bg katanya.. dah bnyk sgt tk termakan dh rasanya.. dh jg pisang goreng, cekodok pisang, apam pisang.. nak buat kek pisang mcm tk confident jer.. tapi teringin gak nk buat sbb kak zura mmg suka sgt kek pisang.. search jer la kat tenet.. tgk blogger lain yg ada buat kek nih. jumpa satu recipe nih.. macam menarik sbb ada buh choc rice. tapi kak zura tk suka coklat la pulak.. last2 smlm balik umah hentam jer la buat guna recipe ni.. kasi try.. tgk kak zura suka ker tak. hehehe..

smpi jer umah ckp kat aisya suh duk diam2.. baca buku. mama nak buat kek. dia angguk2 ajer la amik buku muzik kakak... sibuk tgk gmbr elephant.. (mmg kemaruk sungguh kalau ada image elephant.. tu yg ayah layan belikan baju n beg elephant kat budak kenit nih).. Tapi kejap jer la duk diam. pastu sibuk nak tolong jugak... eee..... sabor jer la.. nasib tak pecah botol2 pewarna yg ada kt umah tu.. huhu..

recipe nie sgt senang... amik dari Dapur CT..



KEK PISANG

Bahan-bahan:

2 cawan tepung naik sendiri* ayak bersama
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
3/4 cawan gula (mama guna gula castor)
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas dilenyek (mama guna pisang berangan)
1/2 cawan minyak masak/ butter cair (mama guna minyak)
sedikit esen pisang (mama tak letak)
50 gm coklat urai (lebih kurang 1/2 cwn)

Cara-cara:

1. Pukul telur & gula hingga kembang (mama guna blender jer..)
2. Kemudian masukkan pisang yang dilecek halus & esen perasa pisang.
3. Masukkan minyak masak / butter cair.
4. Akhir sekali masukkan tepung & soda bikarbonat.
5. Bakar / kukus 175C selama 1 jam atau hingga masak (mama bakar 170 C selama 30 minit je).


Komen org yang makan:

Hubby - suka kalau tmbah pisang bnyk lagi..
Aliyah - Kakak suka sbb ada choc rice.. esok nak bwk sekolah
Sumi - Sedap.. moist.. lembut.. esok buatkan lagik..
Kak zura - Sedap.. boleh kurangkan sikit manis.. tapi tak perasan pun ada choc rice (hehehe.. sori)
Aisya? - tak pandai komen lagik.. telan jer.. tapi pg td 1 bekas mama nk bawak gi opis aisya dh rebut bawak gi taska... huhu...

Diet Tak Habih2... (since 1.1.2013)

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...

Labels

Aina (11) Aina; Durian (1) Aisya (24) Aisya; Ammar (2) Aisya; Iqra' (1) Aisya; Little Caliphs (2) Aisya; Thomas (1) Aliyah (6) Aliyah; Aina (6) Aliyah; Aina; Aisya (11) Aliyah; Aina; Aisya; Ammar (2) Aliyah; Pancake (1) Ammar (3) Ammar; Allergic (1) Ammar; Susu EBM (2) Anniversary (1) Autumnz; Shopping online (1) Avillion Admiral Cove (1) Birthday (1) Biskut Makmur (1) Blog Diet (1) CL 2012 (2) Cuti-cuti ; Bandung (4) Cuti-cuti Malaysia; Cyberview Lodge (1) Cuti-cuti Malaysia; Holiday Villa Cherating (1) Cuti-cuti Malaysia; Hutan Lipur Jeram Toi (1) Cuti-cuti Malaysia; Langkawi (4) Cuti-cuti Malaysia; Zoo Negara (1) Detox (7) Diet (2) Diet; SNTN (8) Father's Day (1) Goggle (1) Guess; Bonia; Espirit; Crocodile (1) Hari Raya (2) HFMD (1) Huggies Dry Comfort (1) Indonesian Massage; Perfectica Beauty Salon (1) JPJ (1) Kerepek; Bahulu (1) Kereta (1) Kidzania (1) Kuala Gandah (1) MAM; shopping online (1) Mines Wellness Hotel; Resepi; Peach Bread Pudding (1) My hardware; Sale (1) Oreo Chocolate (1) Pahang (1) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (1) Ramadhan (3) Resepi; Apam (1) Resepi; Kek (3) Resepi; Muffin (6) Resepi; Orange Muffin; Aliyah; Aina; Aisya (1) Resepi; Peach Muffin (1) Resepi; Pizza (1) Resepi; Puding (2) Resepi; Roti (3) Santai Family (2) Sekali Lagi (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; Pasport Malaysia (1) The Avengers; Aliyah; Aina; Aisya (1) The Malaysian Cohort (1) Tomyam Kelapa Muda (1) Ultraman (1) Usahawan Muda (1)