semalam menjengah2 mencari resepi kek coklat.. teringin nak buat kek coklat untuk besday Ayah & Aina.. duk la mencari2 terjumpa resepi kek ni kat blok Dayang. Arini Berdoa la sgt dpt smpi umah awal sebabnya nk singgah beli walnut.
pas amik aisya balik umah terus. encem biar ayah yg amik.. hehe.. dah la tk biasa buat kek2 nih.. nanti ammar ada lagik tk keruan mamanya.. dlm hati berdoa sgt sempat nk buat kek ni. nk surprise kt ayah & aina.. duk berpakat dengan aliyah..
Alhamdulillah.. siap jugak akhirnya kek coklat nih.. cumanya bila dh cukup 40 minit, mama cuba test dlm dh msk ke belum. yg tepi sume dh msk. yg tgh2 bhgn bwh tu je ada sikit bsh lagik. so mama tmbh la lagi 10 minit konon2 nk bagi masak la kan.. hehe..hasilnya bila siap ialah kek bhgn bwk agak dry.. topping streusel tu pun ada sesetgh tempat dh mula nak garing..
walau macam mana pun mama suka dgn topping tu.. lain dr kebiasaan.
biasanya kita sapu ganache kan. itu kata tekak mama la kan.. aliyah suka
jgk topping tu sbb kaya dgn walnut. hahaha.. ayah kata kek bhgn bwh dry
sikit. aina?? dia suka keknya.. tp tk suka topping. Aina nk topping
ganache mcm biasa. hmm..
Mama rasa mcm topping mama tebal sgt kot.. abih bertabur kacang2 sume.. huhu.. apa pun boleh dibuat lagik lain kali.. kat sini mama buh resepi dr blok Dayang..
Eggless Chocolate Cake with Chocolate Streusel Topping
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan A : ECC (loyang 6 atau 7 inci)
1/3 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan susu cair
1 cawan brown sugar
1/3 cawan minyak sayuran/minyak jagung/mentega cair
1/4 sudu kecil garam
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil coffee flavour
1sudu besar cuka makan (jus lemon pun ok)
Bahan B : CST
1/4 cawan tepung gandum
25g mentega sejuk (dipotong kiub kecil)
1 sudu makan serbuk koko atau coklat
50g brown sugar
secubit serbuk kulit kayu manis - optional
sedikit roasted walnut (ditumbuk kasar) - optional
Cara-cara :
Bahan B :
Satukan kesemuanya kecuali walnut. Uli serta ramas-ramas hingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan walnut dan gaul-gaulkan sebati. Simpan ke dalam peti sejuk terlebih dahulu.
Bahan A :
Ayakkan tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan.
Manakala dalam bekas tahan panas/periuk, satukan susu cair, butter, koko, gula, garam, esen vanilla, coffee flavour dan minyak. Dengan api perlahan, kacau sebati hingga gula hancur. Kemudian tutupkan api. Biarkan ia suam sebentar. Barulah disatukan dengan tepung. Kacau dengan spatula atau handwhisk hingga tidak bergentel. Tapiskan jika perlu. Akhir sekali masukkan cuka dan kacau serta merta.
Pastikan oven sudah dipanaskan dengan suhu 170-180C (Sila adjust sendiri). Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega. Kemudian ratakan atas adunan dengan bahan B tadi. Jangan ditekan. Taburkan sahaja sehingga menutupi ruang adunan kek. Bakarlah selama 40 minit atau hingga kek masak.



3 comments:
terbaikkkkkkkkk lah ne...mula-mula tengok ingat kek beli..rupa nya buat, selly buat....
touching pulak kak ita baca...
kak ieta.. saya budak baru belajar.. huhu..saje2 try ... kadang2 bila tk jd frust gak..
akak terharu baca yg citer aina bg bunga tu ker? :)
Post a Comment