Wednesday, December 28, 2011

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang

Rasanya baru je dengan kak mask citer yg dia gi Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, tup2 hubby ajak mama n anak2 gi sana.. actually ayah nak gi servey untuk program student bakti siswa.. alang2 ayah ajak mama n 3A's gi sekali.. hehehe.. Ammar tkleh la nak bawak sbb ayah takut ammar letih.. nak pulak kawasan hutan.. ammar tecik lagi.. kena tgu besar sikit.

plan asal nk gerak kul 10 dr UPM. tapi dh ayah ada assignment nk kena antar, kul 10 lebih baru kuar dari umah.. hehehe.. smpi UPM gi bfst nasi lemak paru faveret mama dulu. pastu baru amik student ayah kat hostel. smpi Kuala Gandah dh kul 1 tghri.. terus ke opis Jabatan Perhilitan dulu sbb ayah ada discussion... mama ngan 3A's lepak2 la kat luar..






masa nie dh start gerimis.. 3A's dah membebel2.. takut tk berpeluang nk main2 ngan gajah kalo hujan.. huhu.. ayah abis meeting terus tuju tempat gajah..





Mula2 cuaca macam nk panas balik... tup2 tgh tgk show hujan la pulak.. mama ngan ayah sibuk la nak payungkan anak2nya.. tapi anak2nya tk peduli pun.. lari sana lari sini.. huhu.. especially `i luv u' ayah yang tenit tu.. sabar ajer la..



kalau masuk sini kita akan diberi sticker tmpal kat baju.. rega mama tatau sebab masa ni dpt free coz ayah dtg atas nama UPM.. ada 2 colour.. hijau ngan kuning.. setiap hari depa hanya kuar yg kuning 100 sticker je. sbb yg ni leh join semua aktiviti.. yang hijau pun ok dah.. sbb bezanya cuma acara naik gajah je tkleh join..

Walaupun pakai sticker ijau, alhamdulillah dapat gak naik gajah anak2 mama tu.. mgkin sbb ujan, ramai yg berteduh tk join sgt aktiviti.



aliyah aina mmg berani jer.. aisya selama ni mmg beriya awal2 tapi bila dh smpi mesti nangis takut.. tapi kat sini berani pulak dia! sungguh2 aisya ajak ayah naik gajah..




mula malas nak layan tp ayah kata try aje la tgk.. tup2 naik! mama ngan kakak2 nya punya la excited smpai tepuk tangan.. hahaha..

Pas naik gajah, acara mandi ngan gajah lak.. part nie la yg budak2 excited... hmm layann ajer la.. dah la sojuk air tu.. deras pulak...





Aisya paling susah nak suruh naik pas mandi ngan gajah.. dia nak berenam lama2 dlm sungai tu. huhu...




Kul 4.00 gerak balik ke Kuala Lumpur.. tk dan nak singgah masuk Deerland.. takut smpi umah lewat sngt.. nanti sian ammar kalo susu tk cukup.. :) nampaknya kena dtg lagi nanti. nak masuk gak Deerland tu. sbb kak mask kata besh!!

p/s: tq hubby..

2 comments:

duniaanita74.blogspot.com said...

selly mahal tak tu...mesti mahalkan..bestnya anak2 dapat naik gajah tu..siap mandi sekali....kalu aqil ne mesti menanggis nak pengsan...

mama4A's said...

kak.. tk mahal la kak.. saya rasa tiket dia murah jer.. kalo nk confirm harga akk leh cuba tnya kak mask or kak kherun.. diaorang pun dh pernah pergi.. bwk la ank2 yer.. mesti enjoy.. :)

Diet Tak Habih2... (since 1.1.2013)

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...

Labels

Aina (11) Aina; Durian (1) Aisya (24) Aisya; Ammar (2) Aisya; Iqra' (1) Aisya; Little Caliphs (2) Aisya; Thomas (1) Aliyah (6) Aliyah; Aina (6) Aliyah; Aina; Aisya (11) Aliyah; Aina; Aisya; Ammar (2) Aliyah; Pancake (1) Ammar (3) Ammar; Allergic (1) Ammar; Susu EBM (2) Anniversary (1) Autumnz; Shopping online (1) Avillion Admiral Cove (1) Birthday (1) Biskut Makmur (1) Blog Diet (1) CL 2012 (2) Cuti-cuti ; Bandung (4) Cuti-cuti Malaysia; Cyberview Lodge (1) Cuti-cuti Malaysia; Holiday Villa Cherating (1) Cuti-cuti Malaysia; Hutan Lipur Jeram Toi (1) Cuti-cuti Malaysia; Langkawi (4) Cuti-cuti Malaysia; Zoo Negara (1) Detox (7) Diet (2) Diet; SNTN (8) Father's Day (1) Goggle (1) Guess; Bonia; Espirit; Crocodile (1) Hari Raya (2) HFMD (1) Huggies Dry Comfort (1) Indonesian Massage; Perfectica Beauty Salon (1) JPJ (1) Kerepek; Bahulu (1) Kereta (1) Kidzania (1) Kuala Gandah (1) MAM; shopping online (1) Mines Wellness Hotel; Resepi; Peach Bread Pudding (1) My hardware; Sale (1) Oreo Chocolate (1) Pahang (1) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (1) Ramadhan (3) Resepi; Apam (1) Resepi; Kek (3) Resepi; Muffin (6) Resepi; Orange Muffin; Aliyah; Aina; Aisya (1) Resepi; Peach Muffin (1) Resepi; Pizza (1) Resepi; Puding (2) Resepi; Roti (3) Santai Family (2) Sekali Lagi (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; Pasport Malaysia (1) The Avengers; Aliyah; Aina; Aisya (1) The Malaysian Cohort (1) Tomyam Kelapa Muda (1) Ultraman (1) Usahawan Muda (1)