Wednesday, December 26, 2012

Rindu...

rindu nya nak menulis...
bnyk yang nak di tulis sbnrnya..
tapi tak tau ntah bila mood  nk dtg..
bnyk benda yg menyekat mood nk menulis nie.

mudahan Allah permudahkan segala urusan ku..

aminn...

Wednesday, November 14, 2012

AKULAH TULANG RUSUKMU



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) kamu, tulang rusukku.

Karena Allah melihat bahwa Adam kesepian. Saat Adam sedang terlena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya.

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!"

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari kabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa kabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima kabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sadar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?

Friday, June 29, 2012

KIDZANIA...

Esok Aliyah Aina akan join xtvt yang opis mama anjurkan.. diaorang akan pergi ke Kidzania...  Sebenarnya dah lama Aliyah Aina teringin nak ke sana.. sejak mama cerita pasal anak kawan opis mama dah pergi.. mmg best katanya!! lepas dpt tahu pasal Kidzania nie, aliyah n Aina mmg sibuk kumpul duit. sebab mama ckp tiket dia mahal. kalau nak pergi kena la kumpul duit sendiri. plan masa tu nak pergi dgn anak buah Kak Zura. ramai2 baru la enjoy kan.

Tup2 opis mama lak anjurkan xtvt ni. free of charge lagi!! maka...jgn la dilepaskan peluang keemasan nie kan.. hehehe.. Dari last weekend dh tk sabar2 nak pergi.. macam2 yang dipikirkan dek budak berdua nih.. dah tersebar citer nak ke sana pd kwn2.. huhu...
 


** Gambar dari pakcik Google..**

Tengok Aliyah Aina seronok, mama pun jadik seronok. esok semua yg pergi kena pakai baju yg opis mama dh provide.. agak besar tapi tkper. yg penting seragam. senang nanti urusetia nak jaga. kul 8.00 pagi esok semua kena berkumpul kat opis mama. parents tak boleh ikut. 

cumanya nanti esok petang kul 3.00 semua parents akan jumpa semula ngan anak2 kat sewan di opis mama untuk sesi berkongsi pengalaman dengan anak2... mamanya nih excited nak pergi jugak. tapi tk dibenarkan. tkmo menganggu anak2nya tumpuan. hikhik... takpe la.. bg aliyah n aina explore dulu.. nanti mama pergi bwk aisya pulak.

mnggu nie pack la jadual Aliyah AIna.. esok gi Kidzania.. ahad pagi ada workshop Piano lak.. setiap orang kena main atleast 1 lagu depan kwn2 yg lain.. pas Piano akan terus check in kat Mines Wellness Hotel! yeaayyy!! 

asalnya saje2 beli voucher penginapan kat situ sbb murah.. tapi upenya merangkap percutian terakhir untuk anak2 dengan family Ngah.. huhu.. next week Ngah, Aunty Zu, Arsyad & Adelia akan ke Singapore.. kena trnsfer sana untuk seketika.. sedey la pulak..huhuhu

Wednesday, June 27, 2012

Muhammad Ammar Asyraf ...


Dah 9 bulan 10 hari ..... 


Cayangggg sangat Kak Aisya! 


Tuesday, June 26, 2012

Musim Buah & Hantu Durian ...

Sekarang nie musim buah durian gamaknya.. sana sini tepi jalan ramai yg jual buah durian. alhamdulillah tahun nie buah durian kat dusun MIL menjadik.. bnyk betul. dulu2 biasa gak gi ke dusun. la nie dh lama betul tak pergi. hubby jer pergi bawak MIL..

 


rezeki kawan2 opis jugak la nak merasa kan. nak bawak buah durian nanti kena marah la pulak satu bangunan berbau kan. udahnya mama bawak ajer bubur kacang durian ngan kuah durian ke opis. MIL yang masak semua tu. hehe.. 








siang td hubby pergi lagi ke dusun. bawak kawan2 opis nya gi mam kat sana. bila hubby sms tnya nak durian lagi tak? mama jawab le nak! hahaha..  dah alang2 hubby ke dusun tu, mama mintak lah jugak buah manggis kalau ada. ^-^ ... alhamdulillah.. ada rezeki mama nk mam buah manggis. 











kat umah ni ada 2 orang yg hantu durian. mama ngan Aina!! hehe..malam nie mama jamah sikit je nasi. sebabnya nak bagi perut ada bnyk ruang untuk durian & manggis! puas hati mam durian berdua dgn aina ajer.. aliya & aisya tkmo sbb dh kenyang mam nasik. hehehe..

Diet Tak Habih2... (since 1.1.2013)

Created by MyFitnessPal - Free Calorie Counter

Time is like a river.. we can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again... So, enjoy every moment of our LIFE...

Labels

Aina (11) Aina; Durian (1) Aisya (24) Aisya; Ammar (2) Aisya; Iqra' (1) Aisya; Little Caliphs (2) Aisya; Thomas (1) Aliyah (6) Aliyah; Aina (6) Aliyah; Aina; Aisya (11) Aliyah; Aina; Aisya; Ammar (2) Aliyah; Pancake (1) Ammar (3) Ammar; Allergic (1) Ammar; Susu EBM (2) Anniversary (1) Autumnz; Shopping online (1) Avillion Admiral Cove (1) Birthday (1) Biskut Makmur (1) Blog Diet (1) CL 2012 (2) Cuti-cuti ; Bandung (4) Cuti-cuti Malaysia; Cyberview Lodge (1) Cuti-cuti Malaysia; Holiday Villa Cherating (1) Cuti-cuti Malaysia; Hutan Lipur Jeram Toi (1) Cuti-cuti Malaysia; Langkawi (4) Cuti-cuti Malaysia; Zoo Negara (1) Detox (7) Diet (2) Diet; SNTN (8) Father's Day (1) Goggle (1) Guess; Bonia; Espirit; Crocodile (1) Hari Raya (2) HFMD (1) Huggies Dry Comfort (1) Indonesian Massage; Perfectica Beauty Salon (1) JPJ (1) Kerepek; Bahulu (1) Kereta (1) Kidzania (1) Kuala Gandah (1) MAM; shopping online (1) Mines Wellness Hotel; Resepi; Peach Bread Pudding (1) My hardware; Sale (1) Oreo Chocolate (1) Pahang (1) Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (1) Ramadhan (3) Resepi; Apam (1) Resepi; Kek (3) Resepi; Muffin (6) Resepi; Orange Muffin; Aliyah; Aina; Aisya (1) Resepi; Peach Muffin (1) Resepi; Pizza (1) Resepi; Puding (2) Resepi; Roti (3) Santai Family (2) Sekali Lagi (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; (1) Taman Ancol Jakarta; Taman Safari Bogor; Pasport Malaysia (1) The Avengers; Aliyah; Aina; Aisya (1) The Malaysian Cohort (1) Tomyam Kelapa Muda (1) Ultraman (1) Usahawan Muda (1)